Hari Ilmuwan Islam (HILWAN 2010)
[caption id="attachment_135" align="aligncenter" width="300" caption="Majlis Perasmian HILWAN 2010"][/caption] ISKANDARIAH, 7 Mei 2010-Atas kesedaran bahawa ilmuwan Islam terdahulu memainkan peranan terbesar dalam membentuk dan mencorakkan ketamadunan dunia, Biro Akademik ISMA –Mesir cawangan Iskandariah telah menganjurkan Hari Ilmuwan Islam (HILWAN). Program yang julung kalinya diadakan ini bertempat di Dewan Tingkat 3, Asrama MARA. Bertemakan “Menyelusuri Sejarah Lalu, Membina Tamadun Baru”, HILWAN pada tahun ini telah menghimpunkan lebih 100 orang peserta yang majoritinya merupakan mahasiswi Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah. [caption id="attachment_137" align="aligncenter" width="300" caption="Gimik perasmian oleh Ustaz Firdaus"][/caption] Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Kahfi menjadi pembuka tirai HILWAN 2010, diikuti dengan ucapan aluan daripada pengarah program ...
Nutrisi Hati
Nutrisi hati Bergelar kader dakwah bukanlah suatu tugas yang mudah dan singkat. Jalan ini menuntut azam yang tinggi, iman yang teguh dan amal yang berterusan. Seorang daie akan bisa menjalankan dakwahnya dengan penuh bersemangat dan istiqamah apabila hadirnya kekuatan yang mantap dari dalam jiwanya. Daripada mana datangnya kekuatan jiwa itu? Sungguh, tubuh manusia ini bergerak senada dan seiringan dengan kemantapan rajanya memerintah. Inilah HATI, seketul daging yang mampu mengubah cacat cela dan kemuliaan seseorang insan. Seorang daie seharusnya menyedari amatlah penting untuk dirinya mengutamakan pengisian hati lebih daripada segalanya. Benar ummah menanti untuk dipimpin dan diubah, namun andai jiwa daie itu sendiri kosong kegersangan, ...
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah..
Dalam kehidupan seharian manusia tidak sesekali terlepas daripada kesusahan hidup.Hanya bagi mereka yang selalu bersabar akan menempuhi segala kesusaha hidup ini dengan tenang dan yakin segala kesusahan ini ada hikmah sebalinya.Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang berbunyi. “Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155) Hakikatnya ...
TARBIYAH ITU PETROL
Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta. Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98. Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang ...
Ketua perhubungan ISMA-Mesir (Mansurah) cedera ketika riadah
MANSURAH, 28 Mac 2010 – Ketua Perhubungan ISMA-Mesir Cawangan Mansurah, Muhd Izzuddin Bin Selamat telah mendapat kecederaan di bahagian buku lalinya ketika sedang beriadah pada Jumaat lalu. Terdapat sedikit keretakan pada buku lali dan terkehel pada bahagian sendi kaki kanannya(dislocation of anterior subtalar joint). Ketika ini beliau berada dalam keadaan stabil dan sedang ditempatkan di Hospital Tawarik Universiti Mansurah. Beliau dijadualkan akan menjalani pembedahan pada esok hari(29 Mac) bagi merawat kecederaan itu. Namun begitu, pembedahan beliau terpaksa ditangguhkan kerana kaki beliau masih bengkak. Pembedahan dijangka akan dijalankan selepas bengkak itu surut. Takziah diucapkan kepada beliau. Moga-moga segala urusan dipermudahkan Allah dan segera sembuh. Keretakan pada ...
AKTIVITI
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA NAIB PRESIDEN 1 ISMA, USTAZ ABDUL HALIM ABDULLAH
SEMASA
Ketua perhubungan ISMA-Mesir (Mansurah) cedera ketika riadah
SISWI
Hari Ilmuwan Islam (HILWAN 2010)
ARTIKEL
Indahnya sabar..












